Tuesday, May 3, 2011

Andai Wanita Tahu Hati Lelaki

Andainya perempuan tahu, dalam hati seorang lelaki



ada naluri untuk di sayangi,



ada rasa untuk di beri perhatian,



ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,



ada waktu2 minta di temani kesedihannya,






Andainya perempuan tahu rajuk seorang lelaki minta di pujuk,



Marah seorang lelaki perlu di dekati,



Sedih seorang lelaki perlu di dengari,



Gembira seorang lelaki ingin di kongsi,






Andai perempuan tahu di sebalik seribu satu rasa itu



ada sekeping hati nan lembut,



Bukan untuk di manjai,



Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,



Hanya perlu sedikit perhatian,



Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,






Kerana andai perempuan tahu hati ini akan sentiasa bertanya



Pada diri seorang lelaki,



Wujudkah cinta itu di hati perempuan,



Bila saat jauh tanpa perkhabaran






Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,



Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,



Cintailah seseorang itu kerana hatinya,



Bukan paras rupa semata2

dipetik dari facebook@abdullkhair

1 comment: