Tuesday, May 3, 2011

aku+bukan+superman

im not a writer..actually x suka menulis pun...but some of my frens kdg2 suka bile tgk aku buat ayat....dlu ade blog len..tp da x igt..hahaha..burn cm2 la...dats y i start new one...

dunia adalah perkongsian bersama..begitu juga blog ni...menggambarkan warna kehidupanku di kelilingi ciptaan yang maha esa...x slah jika kita berkongsi..daripada dibiarkan ditiup angin begitu saja..rugi.

kalo kita menghargai orang,begitulah yang akan berlaku kepada kita..x salah berkongsi karya2 penghuni dunia...membuatkan kita terpikir sejenak realiti kehidupan gaya masa kini..

fikirlah semua...aku+bukan+superman....yang berkuasa hanya tuhan yang esa..:)

Khalifatul Mukminin

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:



Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.



Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.



Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.



Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.



Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”



[HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]

dipetik dari facebook@afiq a jais

Andai Wanita Tahu Hati Lelaki

Andainya perempuan tahu, dalam hati seorang lelaki



ada naluri untuk di sayangi,



ada rasa untuk di beri perhatian,



ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,



ada waktu2 minta di temani kesedihannya,






Andainya perempuan tahu rajuk seorang lelaki minta di pujuk,



Marah seorang lelaki perlu di dekati,



Sedih seorang lelaki perlu di dengari,



Gembira seorang lelaki ingin di kongsi,






Andai perempuan tahu di sebalik seribu satu rasa itu



ada sekeping hati nan lembut,



Bukan untuk di manjai,



Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,



Hanya perlu sedikit perhatian,



Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,






Kerana andai perempuan tahu hati ini akan sentiasa bertanya



Pada diri seorang lelaki,



Wujudkah cinta itu di hati perempuan,



Bila saat jauh tanpa perkhabaran






Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,



Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,



Cintailah seseorang itu kerana hatinya,



Bukan paras rupa semata2

dipetik dari facebook@abdullkhair

ISU LEGGING & MSALAH2 YG TIMBUL

Bismillahirrahmanirrahim...

mkin lama sy tgk page Wanita Melayu Islam Jangan Pakai Legging Di Tempat Awam ni mkin hot dgn isu2 baru..

di sini sy jz nk bg pngn ckt la..jz utk pkongsian bersama..





1) knp nk tegur org pkai legging je tp xkisah sal bdk2 pmpuan yg xttup aurat dgn btl?

jwpn: mmg btol sptutnya kna tgur smua tp aggapla ni slh stu usaha nk cegah antara smua mslh yg byk tu..sbb yg plg ketara msa kini adlh legging yg sgt2 merbahaya dlm doktrinasi minda muslim/muslimat..lg bgus klw smua berperanan berusaha utk mnegur kesalhan2 lain khususnya ttg pakaian yg xmnutup aurat spenuhnya..





2) knp suka maki2 klw nk bdakwah?

jwpn: yup mmg btl, smua org sptutnya kwl emosi supaya xtersasar dlm nk bdakwah..mmg btl ada yg degil tp xkn kita pn nk trjebak dgn dosa2 kecil (maki2 yg xspatutnya)..igt 'marah' itu slh stu jarum syaitan dlm diri kita..tegurlah ats dsr kita sygkn saudara kita bkn kita bencikn dia..kita hnya BENCI prbuatannya shj..igt TEGAS jauh bezanya dgn MAKI HAMUN..smpai kdg2 sgt mlampau..





3) legging ssuai dgn gaya & modenisasi?

jwpn: yeke moden? klw fikir btl2, legging snanya seolah2 bwk mnusia kmbali ke zaman batu d mna mnusia xda pkaian lengkap..wlaupn xtrbuka (nmpk aurat scra tros) tp tetap mnampkkn bntuk2 bdn dgn sgt2 jelas..klw dr sudut agama mmg jelasla hukumnya haram kn..





4) knp nk cbok2 ngn hal diorang nk pkai legging?

jwpn: ye btl x elok jg tepi kain org tp snanya smua ni slh..sbb kita slaku saudara seislam seharusnya amek brt & rasa syg antra saudara kita..jgn pntingkn diri sndri..mmg btol kubur masing2 tp bala xturun fokus kpd seorang sebaliknya kpd smua..islam bkn hanya agama utk diamalkn tp islam agama yg dterima Allah yg mliputi smua aspek kehidupan & islam jgk utk dsampaikn..kita akn disoal jika kita xmnyampaikn..





5) ketuk dulang paku serpih (kata org, dia yg lebih)

jwpn: ni prkara biasa dlm klgn mnusia sbb smua mnusia ada sikap ego..kita seharusnya cermin & muhasabah diri sndiri sblm kita mati2 nk kata/tegur slh org lain..jgn smpai sndri dpt malu lak..rendahkn tembok keegoan supaya ati kita sng mndpt hidayah/kebenaran dlm usaha utk tros brubah ke arah kbaikan...





wallahualam...

dipetik dari facebook@khairulalif

Kematian Osama bin Laden : Respon Saya - TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

I said to my colleague this morning, over the death of Osama bin Laden, that I wasnt sure of what I am feeling. I felt that there was something missing, pieces of the puzzle that didnt fit, and that the injustice was not only one-sided, and then she showed me this.

He took the words right out of my mouth.

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.



TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Dipetik dari facebook@Puteri Wardatul Hayat

Saturday, April 30, 2011

Kecantikan lelaki?kegagahan wanita?

nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

just share...n_n...may be bless....
dipetik dari facebook@iqbal idris

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."


sila sila la share~~
dipetik dari facebook@Amirah Emir

Sunday, April 24, 2011